FOLLOW | DASHBOARD
Little MonMon
Kawan.

Wednesday, December 26, 2012 12:14 PM | 0 Note

Last night, dah masuk hari ketiga tahlil kat rumah Arina dibuat. Abah Arina meninggal dunia hari Isnin, 24 Dec 2012. Tak silap aku time tu pun birthday abah dia. Abah dia meninggal lepas je makan. Arwah takde apa apa sakit pun. Doc kata kena serangan jantung. Arina sendiri pun memang tak sangka sangat boleh jadi macam tu. Allah lagi sayangkan arwah. As we know, semua yang hidup mesti akan mati. Kita semua, takde pun yang terkecuali. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Hope Arina and family always tabah dengan semua ni. Apepun, sama sama lah ringankan mulut tu sedekahkan al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. Amin :)

Masa second day tahlil, aku pergi dengan mama. Kat sana aku terserempak dengan someone, Choc. Or nama penuh dia Amirul Imran. Dia budak sekolah lama aku. Mula mula sampai, aku tengok dia dengan pandangan pelik and dia pun sama. Macam stranger je. Then dah lama siket tu, baru dia tunjuk tunjuk. Hah memang sah lah tu dia. Tak sangka dia sedara Arina. Masa aku kat dalam rumah, dia sempat lagi borak borak ngan papa tanya macam macam. Hahaha. Time nak balik, dia tegur aku. Izzy kann ? Then borak borak lah kejap. Choc tinggi gila boleh. Aku pandang dia memang kena dongak habis lah. Aku pun taktahu sama ada aku ni paras bahu dia or bawah lagi sebab dia tinggi whoa..

Third day tahlil, Arina invite lagi. Yang Choc pun mestilah ada sekali sebab dia tuh sedara Arina. Aku sorang je pergi time tu. Mama ada kerja kat office, papa pula keluar pergi amex Iman and Izzat kat rumah mak. Time nak balik, sepatutnya mama yang amex tapi tak nampak pun kelibat kereta mama. So aku pun decide nak balik je jalan kaki sebab aku takdapat nak call mama. Kredit habis.  So jalan kaki lagi better takyah susahkan mama papa nak kena amex. Choc nampak. Dia tanya aku nak balik sorang sorang jalan kaki ke ? Yelah, Lagipun rumah aku and Arina takde lah jauh mana. Then dia volunteer nak teman. Aku kata takpayah lah. Tapi dia degil jugak nak teman. Dia kata "Takkan aku nak biarkan kau balik jalan kaki sorang sorang kot. Kau dah lah perempuan" . Tapi aku kata lagi, takpayah. Dia degil jugak. So, dia pun teman. Takut jugak lalu situ. Ada anjing semua. Aku banyak kali suruh dia patah balik tapi dia still taknak. Ahh sukahatilah. Hahahaha. Sampai je depan pagar rumah, call mama tetiba masuk. Mama cakap yang dia dah ada kat rumah Arina. Ek eleh. Selamat sampai rumah dah kot. Ingatkan tadi mama dah balik dulu. Sumpah lawak and tak sangka. Hahahahahahahahahahaa

Okay, tu je untuk harini. Saje. Lama dah tak update blog rasanya. Agak busy and lack of idea nak tulis apa. Pastu pastu, rasa menyampah pulak nak view blog ni sebab tak boleh nak letak lagu. Banyak kali try ikut tutorial dah but still tak berjaya. Bengong memang macam ni. Hahaha. Okbye


Older Post | Newer Post

Stories Author Babies



: Izni Munirah binti Arizu :
: I'm 18 years old :
: Best View on Google Chrome :
: © All Rights Reserved :

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Credits

Twitter :依斯妮
Facebook :IzniMunirah
Instagram :IzzyBUENO
Ask.Fm :MonMon

Thanks for viewing